|
Written by PAL Admin
|
|
Ditubuhkan sekitar tahun awal tahun 2008 diasaskan dari cetusan idea saudara Mohd Syazwan atau lebih mesra dgn nama timangan “gondo” ketika berforum di Alpha Member Club (AMC).
Tujuan asal penubuhan Perak Alpha Legion ini pada mulanya adalah untuk mengetahui bilangan pengguna DSLR Sony Alpha di negeri Perak Darul Ridzuan. Kini, tujuan penubuhan Perak Alpha Legion telah menemui beberapa matlamat.antaranya :
- Menyatukan peminat dan pengguna Sony Alpha/Konica Minolta DSLR
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti riadah yang bercorak kekeluargaan
- Mengadakan sesi minum the (teh tarik session) untuk kita berkongsi dan bertukar-tukar pendapat.
- Mengadakan outing serta program-program kemasyarakatan bg menyatukan semua kumpulan jurugambar (tak kira apa pon jenama) di negeri Perak secara amnya, di Ipoh secara khususnya.
- Menganjurkan sesi pembelajaran secara terus bersemuka dan segala aspek teknikal mengenai peralatan masing-masing.
Buat masa ini, syarat kemasukan menjadi ahli Perak Alpha Legion adalah untuk pengguna Sony Alpha/Konica Minolta DSLR sahaja yang memenuhi kriteria seperti berikut :
- Pengguna Sony Alpha DSLR / Konica Minota DSLR / Minolta SLR
- Berasal ataupun bermastautin di negeri Perak
- Bekerja ataupun belajar di negeri Perak
- Mempunyai saudara,ibu bapa serta kaum keluarga di perak
- Mampu komited dan bersungguh dalam menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Perak Alpha Legion.
Jika memenuhi criteria tersebut,sila isi borang penyertaan di portal ini dgn klik link di atas dan sertakan sekali details ataupon bukti syarat-syarat diatas.
Kepada pengguna kamera berjenama lain daripada disebutkan diatas dan berminat utk mengikuti perkembangan terkini dan program yang dianjurkan, sila ke laman facebook perak alpha legion.di sana kami bukakan keahlian terbuka pada semua. |
|